Dalam al-Quran perkataan bagi permulaan doa adalah pelbagai, ada 'robbana hablana', 'robbana atina', 'robbana mil ladunka' dan lain-lain.
Mil ladunka bermaksud 'dari sisiMu', apabila doa yang mempunyai 'mil ladunka' ianya bermaksud pemohon memohon sesuatu yang di luar asbab, contohnya nabi Zakaria a.s yang sudah tua, dan isterinya yang mandul memohon doa untuk dikurniakan zuriat, jadi nabi Zakaria a.s memasukkan perkataan 'mil ladunka' di dalam doanya bagi memohon sesuatu yang di luar peraturan alam.
Dan kisah pemuda al kahfi yang ingin menyelamatkan akidah mereka dari pemerintah yang zalim dan terpaksa melarikan diri ke dalam gua dan membaca doa seperti yang telah direkodkan di dalam al-Quran pada surah al-Kahf ayat 10 untuk menyelamatkan akidah mereka pada ketika itu, yang kemudiannya mereka telah ditidurkan selama 300 dan ditambah 9 tahun (ada ulama yang menafsirkan bahawa 300 merujuk kepada tahun solar dan 309 pula ialah tahun lunar)
Berikut adalah doa-doa di dalam al-Quran yang mempunyai ayat 'mil ladunka':
رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنتَ الْوَهَّابُ
English: “Our Lord, let not our hearts deviate after You have guided us and grant us from Yourself mercy. Indeed, You are the Bestower.”
Melayu: “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah PemberianNya.”
Doa ini sesuai dibaca ketika mana kita terasa "insaf sekejap". Dan ayat 'mil ladunka' di sini digunakan untuk kita meminta 'rahma' yang istimewa yang dimiliki oleh Nya supaya kita tidak lagi mengulangi kesalahan yang sama berulang-ulang kali, seperti suatu kitaran yang tidak akan putus, oleh sebab itu kita memohon padaNya untuk tidak memesongkan lagi hati kita setelah diberikan keinsafan dan memerlukan suatu 'secret weapon' untuk putuskan kitaran tersebut.
dengar penjelasan tentang doa ini di Sini
2. Surah Ali ‘Imran [3:38] - salah satu doa nabi Zakaria A.S untuk memperoleh zuriat
رَبِّ هَبْ لِي مِن لَّدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاء
English: "My Lord, grant me from Yourself a good offspring. Indeed, You are the Hearer of supplication."
Melayu: “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.”
3. Surah An-Nisa’ [4:75]
رَبَّنَا أَخْرِجْنَا مِنْ هَـذِهِ الْقَرْيَةِ الظَّالِمِ أَهْلُهَا وَاجْعَل لَّنَا مِن لَّدُنكَ وَلِيًّا وَاجْعَل لَّنَا مِن لَّدُنكَ نَصِيرً
English: "Our Lord, take us out of this city of oppressive people and appoint for us from Yourself a protector and appoint for us from Yourself a helper?"
Melayu: “Wahai Tuhan kami! Keluarkanlah kami dari negeri (Makkah) ini, yang penduduknya (kaum kafir musyrik) yang zalim, dan jadikanlah bagi kami dari sisiMu seorang pemimpin yang mengawal (keselamatan agama kami), dan jadikanlah bagi kami dari sisiMu seseorang pemimpin yang membela kami (dari ancaman musuh).”
4. Surah Al-Kahf [18:10] - Doa pemuda al-Kahf
رَبَّنَآ ءَاتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيّـِءْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا
English: "Our Lord, grant us from Yourself mercy and prepare for us from our affair right guidance."
Melayu: “Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berikanlah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami.”
5. Surah Maryam [19:5] - Doa nabi Zakaria A.S untuk memperoleh zuriat
فَهَبْ لِي مِن لَّدُنكَ وَلِيًّا
English: “so give me from Yourself an heir”
Melayu: “Oleh itu, kurniakanlah daku dari sisiMu seorang anak lelaki.”
Bagi Doa ini, ianya bermula dengan nabi Zakaria merintih kepada Allah tentang keinginannya untuk mempunyai zuriat , ianya telah dirakamkan dalam al-Quran dari ayat 4-5 surah Maryam. Bagi yang mengamalkan doa ini untuk memperoleh zuriat, mungkin boleh study struktur ayat 4-5, di mana nabi Zakaria A.S menjelaskan tentang kelemahan dirinya, kemudian memberitahu bahawa dia tetap bertaqwa dan percaya doanya akan dimakbulkan oleh Allah s.w.t, dan pada permulaan ayat 5 nabi Zakaria A.S menyatakan tentang sebab yang jelas tentang kenapa dia ingin mempunyai zuriat, dan akhir sekali barulah dia melengkapkan rintihannya itu dengan sepotong doa.
Semoga bermanfaat.
Semoga bermanfaat.
No comments:
Post a Comment