Imam Al Ghazali menggariskan 3 panduan
untuk mengenalpasti bisikan hati yang baik dan buruk (hawa nafsu), iaitu:
1.
menyesuaikan bisikan tersebut dengan hukum syarak, iaitu
berdasarkan Al-Quran dan As Sunnah.
Jika perbuatan yang diilhamkan oleh bisikan
tersebut tidak melanggar hukum syarak, maka itu adalah bisikan baik.
manakala jika ianya melanggar hukum syarak maka
ianya adalah sebaliknya. Dan kita perlulah segera meninggalkan atau
mengendahkan bisikan tersebut.
2.
Membandingkan bisikan tersebut dengan amalan orang-orang soleh.
Jika perbuatan yang diilhamkan oleh bisikan tersebut sesuai dengan apa yang
dikerjakan oleh orang yang soleh, ianya menunjukkan bisikan tersebut adalah
bisikan yang baik. Jika tidak, ianya adalah bisikan buruk.
3.
Jika bisikan hati tersebut menepati syarat 1 & 2, seterusnya
lihat pula penerimaan nafsu terhadap bisikan tersebut. Jika hawa nafsu berasa
keberatan atau menolak untuk melakukannya atas kerana tabiatnya dan bukan
kerana takutkan Allah S.W.T itu menunjukkan ianya adalah bisikan baik.
Namun jika hawa nafsu menyukainya berdasarkan
tabiatnya dan bukan kerana mengharapkan redha Allah, maka ianya adalah bisikan
buruk, kerana hawa nafsu selalu mengajak kepada keburukan.
P/S: Sekadar perkongsian dari pembacaan, untuk ingat mengingati
kerana diri ini juga selalu melakukan dosa. Semoga bermanfaat….. :)
Source: Buku Biografi Nafsu Manusia, nukilan Muhammad Hasan Al-Basri
Source: Buku Biografi Nafsu Manusia, nukilan Muhammad Hasan Al-Basri
No comments:
Post a Comment