Tuesday, 12 November 2013

Bagaimana membina rumah di Syurga?



Mempunyai rumah yang indah dan selesa adalah keinginan setiap manusia. Di dunia ini, untuk mempunyai rumah yang selesa kita perlu mencari wang untuk membelinya, kerana harganya yang mahal. Berbeza dengan membina rumah di syurga. Yang diperlukan adalah kekuatan untuk beramal soleh dan menahan hawa nafsu. Tentu rumah di syurga jauh lebih indah dan selesa , tak mungkin dapat digambarkan oleh fikiran kita.

Rasulullah S.A.W telah mengkhabarkan kepada umatnya tentang amalan -amalan yang apabila dilakukan oleh manusia, maka Allah akan membangunkan sebuah rumah untuknya di syurga. Iaitu:

1 . Membina masjid walaupun hanya sedikit.

Rasulullah S.A.W. bersabda:

 من بنى لله مسجدا , ولو كمفحص قطاة أو أصغر بنى الله له بيتا في الجنة .

Barangsiapa yang membina masjid kerana Allah walaupun hanya sebesar sangkar burung atau lebih kecil dari itu , Allah akan bangunkan untuknya sebuah rumah di syurga. " ( HR Ibnu majah dari hadits Jabir, dan dishahihkan oleh Syaikh Al AlBani ) .

2. Menjaga solat dhuha empat raka'at dan qobliyah zuhur 4 raka'at.

Rasulullah S.A.W. bersabda:

 من صلى الضحى أربعا , وقبل الأولى أربعا بنى له بيت في الجنة ) ( حسن رواه طبراني في الأوسط .

Barangsiapa yang solat dhuha empat raka'at dan qobliyah zuhur empat raka'at, akan dibangunkan untuknya sebuah rumah di syurga. " ( HR Ath Thabrani dan dihasankan oleh Syaikh Al AlBani dalam silsilah shahihah no 2346) .

3. Menjaga solat sunnah rawatib 12 rakaat .

Rasulullah S.A.W. bersabda:

 من صلى في اليوم الليلة اثنتي عشرة ركعة تطوعا , بنى الله له بيتا في الجنة

Barangsiapa yang solat ( rawatib ) sehari semalam 12 rakaat , maka Allah akan bangunkan untuknya sebuah rumah di syurga. " ( HR Muslim, An nasai , Abu dawud , ibnu majah dari Ummu Habibah ) .

Solat 12 raka'at itu adalah dua raka'at qobliyah subuh , empat sebelum zuhur dan dua setelahnya, dua setelah maghrib, dan dua setelah  isyak sebagaimana yang disebutkan dalam riwayat imam At Tirmidzi.

4. Membaca surat al ikhlas sepuluh kali.

Rasulullah S.A.W. bersabda:

 من قرأ ( قل هو الله أحد ) عشر مرات بنى الله له بيتا في الجنة .

"Barangsiapa yang membaca " Qulhuwallahu ahad "sepuluh kali, Allah akan bangunkan untuknya sebuah rumah di syurga. " (HR Ahmad dari Mu'adz bin Anas dan dishahihkan oleh Syaikh Al AlBani dalam shahih Jami ' no 6472 ) .

5. Membaca do'a masuk pasar/pusat membeli belah atau tempat-tempat keramaian.

Rasulullah S.A.W. bersabda:

 من دخل السوق فقال لا إله إلا الله وحده لا شريك له , له الملك وله الحمد يحيي ويميت وهو حي لا يموت بيده الخير , وهو على كل شيء قدير كتب الله له ألف ألف حسنة , ومحا عنه ألف ألف سيئة ورفع له ألف ألف درجة , وبنى له بيتا في الجنة .

"Siapa yang masuk pasar lalu mengucapkan," Laa ilaaha illallah wahdahu laa syariika lahu , lahulmulku walahulhamdu yuhyii wayumiitu wahuwa hayyun laa yamuutu biyadihil khoir wahuwa 'alaa kulli syain qodiir . " Allah akan menuliskan untuknya sejuta kebaikan, menghapus darinya sejuta keburukan , mengangkat untuknya sejuta darjat, dan membangunkan untuknya sebuah rumah di syurga. " ( HR At Tirmidzi , Ahmad , Ibnu majah , dan Al Hakim dari ibnu Umar . Dihasankan oleh Syaikh Al AlBani rahimahullah ) .

6. Mengucapkan alhamdulillah dan istirja ' ketika anak kita meninggal.

Rasulullah S.A.W.  bersabda:

 إذا مات ولد العبد , قال الله تعالى لملائكته : قبضتم ولد عبدي ? فيقولون : نعم فيقول قبضتم ثمرة فؤاده ? فيقولون نعم : فيقول : ماذا قال عبدي ? فيقولون , حمدك واسترجع , فيقول الله تعالى : ابنوا لعبدي بيتا في الجنة , وسموه بيت الحمد ) ( حسن ترمذي عن أبي موسى ) .

"Apabila anak seorang hamba meninggal dunia, Allah berfirman kepada malaikatNya, " Kalian telah mencabut nyawa anak hamba-Ku? "Mereka berkata ," Benar. " Allah berfirman," kalian telah mencabut nyawa buah hatinya? " Mereka menjawab ," Benar. "Allah berfirman , "Apa yang diucapkan oleh hamba-Ku? " Mereka berkata , "Ia memujimu dan mengucapkan istirja ' ( innaa lilaahi wa innaa ilaihi rooji'uun ) . " Allah berfirman, " Bangunkan untuk hambaku di syurga, dan namai ia rumah pujian. " ( HR at Tirmidzi dari Abu musa Al Asy'ari dan dihasankan oleh Syaikh Al AlBani rahimahullah ) .

7. Akhlak yang mulia.

Rasulullah S.A.W. bersabda:

 أنا زعيم بيت ربض الجنة , لمن ترك المراء وإن كان محقا , وبيت وسط الجنة لمن ترك الكذب وإن كان مازحا , وبيت في أعلى الجنة لمن حسن خلقه ) ( حسن رواه أبو داود والضياء عن أبي أمامة ) .

" Aku menjamin dengan rumah di pinggir syurga bagi orang yang meninggalkan pertengkaran walaupun ia dipihak yang benar . Aku menjamin dengan rumah di tengah syurga bagi orang yang meninggalkan dusta walaupun untuk ketika bergurau. Aku menjamin dengan rumah di syurga yang paling tinggi bagi orang yang baik akhlaknya. " ( HR Abu dawud dari Abu Umamah dan dihasankan oleh Syaikh Al AlBani rahimahullah ) .

8. Iman, islam, hijrah dan jihad.

Rasulullah S.A.W. bersabda:

 أنا زعيم لمن آمن بي وأسلم وهاجر ببيت في ربض الجنة , وبيت في وسط الجنة , وبيت في أعلى غرف الجنة , وأنا زعيم لمن آمن بي وأسلم وجاهد في سبيل الله ببيت في ربض الجنة , وبيت في وسط الجنة , وبيت في أعلى غرف الجنة , فمن فعل ذلك لم يدع للخير مطلبا , ولا من الشر مهربا , يموت حيث شاء أن يموت .

" Aku menjamin orang yang beriman kepadaku , masuk islam dan berhijrah dengan sebuah rumah di pinggir syurga, di tengah syurga , dan syurga yang paling tingggi . Aku menjamin orang yang beriman kepadaku , masuk islam dan berjihad dengan rumah di pinggir syurga, di tengah syurga dan di syurga yang paling tinggi. Barangsiapa yang melakukan itu, ia tidak membiarkan satupun kebaikan, dan lari dari semua keburukan, ia meninggal, di mana saja Dia kehendaki untuk meninggal . " ( HR An Nasai , ibnu Hibban dan Al Hakim. Dishahihkan oleh Syaikh Al AlBani rahimahullah ) .



Itu adalah amalan- amalan untuk membina rumah di syurga. Namun sebuah rumah memerlukan bilik- bilik serta kebun sehingga menjadi lebih sejuk dan nikmat mata memandang. Adapun untuk membuat bilik-bilik yang istimewa, Rasulullah  bersabda:

إن في الجنة غرفا يرى ظاهرها من باطنها وباطنها من ظاهرها فقال أبو مالك الأشعري لمن هي يا رسول الله قال هي لمن أطاب الكلام وأطعم الطعام وبات قائما والناس نيام

"Sesungguhnya di syurga ada bilik-bilik yang luarnya tampak dari dalam, dan dalamnya tampak dari luar. " Abu Musa Al Asy'ari berkata, "Untuk siapa ia wahai Rasulullah?" Beliau bersabda , "Untuk orang yang baik ucapannya , memberi makan dan solat di waktu malam. " ( HR Ath thabrani dan Al hakim, dishahihkan oleh Syaikh Al AlBani rahimahullah ) .

Adapun untuk menanam pokok di syurga, ia adalah zikir kepada Allah sebagaimana dalam hadis:

لقيت إبراهيم عليه السلام ليلة أسري بي فقال يا محمد أقرىء أمتك مني السلام وأخبرهم أن الجنة طيبة التربة عذبة الماء وأنها قيعان وأن غراسها سبحان الله والحمد لله ولا إله إلا الله والله أكبر

"Aku bertemu dengan Ibrahim di malam isra mi'raj . Ia berkata kepadaku, " Hai Muhammad , sampaikan salamku untuk umatmu dan kabarkan kepada mereka bahawa syurga itu tanahnya baik , airnya tawar, dan kini tanahnya masih kosong, dan tanamannya adalah subhanallah, alhamdulillah, laa ilaaha illallahu , wallahu akbar. " ( HR At Tirmidzi dan dihasankan oleh Syaikh Al AlBani rahimahullah ) .


Subhanallah ! Rumah itu kini mempunyai bilik-bilik yang istimewa , dan kebun -kebun yang indah. Untuk inilah kita perlu berlumba-lumba . Ya Rabb, beri kami kekuatan untuk sentiasa beramal soleh, dan istiqamah di jalanMu sehingga akhir hayat kami . insya Allah aamiiin.

Sumber: cintasunnah.com

No comments:

Post a Comment